Drama

Assalamualaikum...

Hai...hai...hai...Walaupun musim sekolah dah melabuhkan tirainya tapi hari ni tetap nak cerita hari terakhir kami di sekolah..Baru sekarang nak cerita you alls..Sebenarnya ingatkan nak buat entry ni minggu lepas tapi malangnya internet dekat sini mengalahkan siput yang sedang berlari

Alamak apa lagi ya nak cerita??Argh..kepala ku dah tak ada idea...Ha ni lah jadinya kalau dah selalu tak update blog.Jadi kepada blogger-blogger sekalian update lah selalu blog anda,kalau tidak anda semua akan jadi seperti tuan tanah di blog ini

Faham tak??Kalau faham cuba angguk kepala anda sambil hentak lappy anda dengan sekuat hati...Hehe... jangan buat demo ya..Karang tak memasal kepala korang yang kena hangok dekat dinding..Okeylah jom tengok gambar,asyik-asyik tengok tulisan jerk



Barisan pelakon-pelakon drama



Bersiap sedia
  






Doktor Afif a.k.a Faiz

 





Krew-krew yang terbabit dalam lakonan ni



Ada orang cakap Faiz hensem kalau pakai baju doktor tu



Bergelak ketawa


Erm..itu antara serba sedikit gambar yang dapat saya ambil...Mesti korang tertanya-tanya kan drama apa yang dipersembahkan oleh mereka.Drama nya ialah hemodialisis,Cik Qaseh tak tau betul ke tak ejaan ni.Kalau salah maaf ya..

Okeylah korang sekarang ni pon dah pukul 2 pagi,orang lain tengah dibuai mimpi-mimpi yang indah..Cik Qaseh pon nak ikut turut serta..Jumpa lagi...

P/s:Sorry entry kali ni macam bosan dan ringkas je

Motivasi

Assalamualaikum

Gembira dapat bersua dengan anda semua lagi...Okey hari ni nak cerita pasal motivasi yang dijalankan pada hari Isnin & Selasa yang lalu...Motivasi ni memang best gila...TERBAIK..wa cakap sama lu...hahaha..

Sesiapa yang pernah mengikuti motivasi ni memang setuju dengan cakap Cik Qaseh..Mesti korang dah tahu kan nama motivasi yang perlu kita ikuti...Kalau tak tahu juga nah tengoklah gambar dekat bawah ni


Erm...memang TERBAIK +++++ kan...Sebelum motivasi budak-budak ni memang lemau gila tetapi selepas kena motivasi,terus bertukar menjadi pelajar yang bersemangat..Dah macam Transformer pulak...

Antara perkara yang diajar ialah cara pernafasan yang betul,cara berjalan yang betul,lagi apa ya??Banyak lagi lah nak dikatakan...tapi kalau nak senarai kan perkara-perkara yang diajar tu memang tak lah...Nanti korang bosan pulak kan...

Kepada rakan-rakan ku yang mengikuti motivasi ni,anda masih ingat lagi dengan pertanyaan di bawah

Siapa anda???
...JUARA...

Siapa juara???
...SAYA...

Siapa saya???
...HERO...


 Lagi satu...korang ingat lagi tak yang

 A Burning Desire To Win

Unshakeable Determination

Great Discipline

Strong Belief

Lagi satu...maksud pelajar yang kita patut pilih

P = Pasti
E = Esok
L = Lebih
 A = Agung
J = Jika 
A=  Aku  
R =  Rajin

 Sebenarnya ada banyak lagi tapi kalau nak baca yang lebih panjang sila tekan SINI Hurm...macam-macam perkara yang mencuit hati kitaorang...Yang paling hebat gila tahap gaban waktu kami semua disuruh menggerakkan sebatang pen yang di ikat dengan benang menggunakan minda kita untuk bergerak...cuma minda sahaja...

Memang menjadi,pen tu bergerak dengan sendiri.Hebat kan minda kita semua ni...Tapi kalau nak buat benda ni kena betul-betul fokus dan tak boleh buat selalu kerana otak kita akan penat

Saat yang paling indah waktu kami semua yang lagu rasmi WOW COACHING...Sambil menyanyi kami semua berpegang tangan dengan rakan-rakan...Kalau nak dengar lagu rasmi itu sila lihat video di bawah



Dan



Erm...sebelum nak tengok video diatas sila matikan lagu blog ni.Lagu tu berada di bawah header yang ada kotak kecil tu...Korang tekan dulu kotak kecil baru play kan video dekat atas ni

P/s:Senyum tak perlu kata apa-apa :P